Perbezaan Penyelidikan Tindakan dengan Penyelidiakn Formal
Lebih ramai guru akan menceburi diri dalam penyelidikan tindakan sekiranya mereka memahami sifat-sifat dan proses penyelidikan tindakan yang biasanya mudah dijalankan. Salah satu sebab guru kurang berminat dan menghadapi kerajuan akan penyelidikan tindakan ialah sebab mereka menyamakan penyelidikan tindakan dengan penyelidikan formal. Berikut merupakan perbezaan ringkas di antara penyelidikan tindakan dan penyelidikan formal:




Topik
Penyelidikan Formal
Penyelidikan Tindakan
Latihan yang diperlukan oleh penyelidik
Ekstensif, meluas
Cara sendiri atau dengan rundingan
Matlamat penyelidikan
Pengetahuan yang boleh digeneralisasikan
Pengetahuan yang diaplikasikan kepada keadaan spesifik
Kaedah untuk mengenalpasti permasalahan
Kajian penyelidikan yang lalu
Permasalah atau matlamat yang sedang dihadapi
Prosedur untuk kajian literatur
Ekstensif, menggunakan sumber primer
Sepintas lalu, menggunakan sumber sekunder
Pendekatan persampelan
Rambang atau persampelan perwakilan
Pelajar atau klien yang ada kaitan dengan kerja pengkaji
Desain penyelidikan
Kawalan ketat, jangka masa panjang
Prosedur longgar, boleh ubah semasa kajian, jangka masa semasa, kawalan melalui triangulasi
Prosedur Pengkukuan
Penilaian dan ukuran praujian
Ukuran yang mudah atau ujian piawai
Analisis Data
Ujian statistiks; teknik kualitatif & kuantitatif
Fokus pada kesignifikanan praktikal, bukan statistiks; menyembahkan data mentah
Aplikasi hasil dapatan
Penekanan kepada signifikan teori
Penekanan kepada signifikan praktikal

0 comments:

Post a Comment