DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN



DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN
Domain Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadanganyang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.


Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk merekabentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan.

No comments:

Post a Comment