TEKNOLOGI PENGAJARAN
Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatanteknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969)
“Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan
“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”

PERANAN TEORI PEMBELAJARAN
Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai. Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme.

0 comments:

Post a Comment