BAHAN-BAHAN 3D
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi.


Banyak jenis-jenis bahan yang boleh didapati di dalam kumpulan ini.
Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah Realia, Model, Diorama, Akuarium dan terrarium, Boneka, ‘Mobile', dan Topeng .

Jenis-Jenis Bahan Tiga Dimensi
1.    Konsep yang betul dibina kerana boleh melihat benda yang sebenar
2.    Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar
3.    Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda dengan lebih baik
4.    Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan
5.    Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada pembelajaran melalui pengalaman
6.     
Jenis-Jenis Bahan Tiga Dimensi
Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai media pengajaran antaranya ialah:
1. Realia
2. Model
3. Diorama
4. Akuarium dan Terrarium
5. Boneka
6. Mobile
7. Topeng

REALIA
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu:

Realia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya atau bahan sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan lain-lain.

Realia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bekas tertentu.

Spesimen
1.    Merupakan contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri lazim yang terdapat pada kumpulan hidup tersebut.
2.    Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk awetan.
3.    Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukkan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.
4.    Contoh : Kutu daun, udang, labah-labah, daun, bunga

 MODEL
Model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak atau kayu. Beberapa pecahan jenis model, iaitu:

Model berskala / Model pepejal
Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal atau dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Ia boleh dipegang dan diperhati dengan mudah. Contoh model kapal terbang, model glob.


Model olok-olok/ Model pergerakan
Model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenar untuk menunjukkan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenar.

DIORAMA
1.    Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal.
2.    Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang mempamerkan pemandangan pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
3.    Diorama boleh dibuat dengan mudah menggunakan bahan plastisin, kepingan polesterin dan bahan

BONEKA, PATUNG, TOPENG
Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk kegunaan guru termasuklah:
1. Boneka sarung tangan
2. Boneka tali
3. Wayang kulit
4. Topeng

Boneka sarung tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Malah tangan yang dilukis boleh dijadikan boneka.

KELEBIHAN BAHAN TIGA DIMENSI
1.    Konsep yang betul dibina kerana boleh melihat benda yang sebenar
2.    Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar
3.    Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda dengan lebih baik
4.    Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan
5.    Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada pembelajaran melalui pengalaman

0 comments:

Post a Comment