1.8 Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi Sekolah Seni Malaysia ini ialah untuk "menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004. Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri Sarawak dan Johor.


Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid. Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini, kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:


1.           Bahasa Malaysia
2.           Bahasa Inggeris
3.           Sejarah
4.           Pendidikan Islam
5.           Sains
6.           Matematik
7.           Geografi
8.           Seni Visual
9.           Seni Tari
10.        Seni Muzik
11.        Seni Teater
12.        Kreativiti
Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:
1. Sekolah Seni Johor Bahru
2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak

0 comments:

Post a Comment