Laporan Pendidikan
Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-

a) Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah:-
  1. Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan.
  2. Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama.
  3. Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

b) Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
  1. Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. 
  2. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah, dan menengah atas
  3. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir. 
  4. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.


c) Laporan Kabinet (1979)
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah:-
  1. Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. 
  2. Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) dan   pengajaran pemulihan. 
  3. Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.
  4. Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun 
  5. Pendidikan kerohanian yang kukuh. 
  6. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

0 comments:

Post a Comment