DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU
Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arah pencapaian matlamat dasar ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-. Membasmi kemiskinan. Menyusun semula masyarakat Malaysia.
Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.


TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.
Objektif pelajaran mengikut DEB:-
- Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.- Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara. - Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi. - Menyediakan peluang - peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat. - Memperbaiki usaha penyelidikan, perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.


Rancangan Malaysia pertama (1956-1970)
Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang lebih baik diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar vokasional, teknik dan seni.

Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan negara. Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat. Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi. Selain itu membaiki keupayaan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai tujuan rukun negara.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Berteraskan tiga matlamat, iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk menyusun semula masyarakat, dan memperkukuhkan lagi keselamatan negara. Tujuan -tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:-
  1. Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat. - Pembentukan keperibadian, perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah. - Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama. - Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.
  2. Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
  3. Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan negara.
  4. Meninggikan kebolehan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut.
  5. Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju , perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat, kerajaan telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. 


Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut:-
  1. Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level.
  2. Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para
  3. pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.
  4. Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing - masing. Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar, lepasan SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah. 


Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:-
* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.
* Kampus Cawangan universiti luar negara
* Pusat Pengajian Jarak Jauh.
Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti.

0 comments:

Post a Comment