TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya.Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak.

Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut.
Manakala kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak (6-12 tahun).

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan.Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif.Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.

Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup.Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sudah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya.

Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah.Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya.Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan.Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-kanak lebih yakin dalam menhadapi dunia sebenar.

0 comments:

Post a Comment