TOKOH FALSAFAH TIMUR.
CONFUCIUS:
SUMBANGAN:
Beliau mempunyai lebih kurang tiga ribu pengikut, antaranya tujuh puluh dua pelajar yang cemerlang. Antara buku yang telah dihasilkan adalah klasik sekolah Confucius atau lebih dikenali sebagai Confucius Analects.

ALIRAN PEMIKIRAN:
Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyanyangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.


KESAN PEMIKIRAN :
kesan daripada pemikiran Confucius ini adalah, terlahirnya generasi yang patuh dan taat setia kepada Negara dan pemerintah yang mana bersikap patriotic dan sanggup berjuang demi Negara. Selain itu akan melahirkan generasi yang mempunyai tingkah laku yang sopan, bertimbang rasa, ikhlas dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.

RABINDRANANTH TAGORE:
SUMBANGAN :
beliau merupakan seorang penulis, pengarang, penyair. Beliau adalah pemenang NOBEL PRIZE (kategori kesusasteraan). Antara karya yang dihasilkan oleh beliau adalah sonar tari, gitanjali dan the fugitive

ALIRAN PEMIKIRAN:
Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral, dan rohani. Seorang yang berpendidikan sedia berkhidmat untuk masyarakat dan Negara.

KESAN PEMIKIRAN :
Kesan daripada aliran pemikiran ini adalah dapat melahirkan individu yang mantap dan seimbang dari segala aspek iaitu fizikal, rohani. Moral dan intelek. Selain itu juga beliau melahirkan individu yang sedia berkhidmat unrtuk menyebarkan segala ilmu yang ada untuk masyarakat.

0 comments:

Post a Comment