Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Islam.
·      Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s.
·      Daripada Adam, Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.
·      Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s iaitu dari air, tanah (at-turab), dari pati tanah (at-tin), dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib), dari tanah yang panas dan berbau (hama'in masnun), dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) dan meniupkan roh.
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"
Q.S Al-Hijr (15):26




Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Kristian.
·      Kitab suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis (2:7): "then the LORD God formed man from the dust of the ground...."
·      Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir.
·      Adam Pertama disebutkan sebagai "Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya.
·      Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.
·      Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa dan dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam.
·      Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.
·      Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Buddha.
·      Kejadian manusia menurut Buddha Dhamma agak unik.
·      Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita.
·      Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan.
·      Mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.
·      Makhluk-makhluk yang serakah mulai mencicipi tanah itu dan tengiur akan sari tersebut.
·      Lalu, tubuh mereka memadat dan dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah.
·      Mereka yang indah memandang rendah dengan bentuk tubuhnya yang jelek.
·      Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelakiannya dan yang wanita jelas kewanitaannya. 
·      Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya.

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Hindu.
·      Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta iaitu enam jenis rasa seperti manis, pahit, masin, masam
·      Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri.
·      Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan.
·      Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.

0 comments:

Post a Comment