ESENSIALISME

-          dibentuk oleh William C. Bagley pada tahun 1938
-          pendidik-pendidik lain yang terlibat ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Isaac L. Kandel
-          menjadi amalan di kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia
-          ahli-ahli esensialisme mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkam ke dalam kurikulum sekolah ; membezakan di antara program-program penting dan kurang penting ; dan membentuk semula autoriti guru di dalam bilik darjah (Kneller, 1971)
-          falsafah yang tradisional dan konservatif – dapat mengekalkan tradisi dan tamadun sesuatu masyarakat serta menggalakkan perkembangan intelektual pelajar
-          Tumpuan utama kurikulum – perkara-perkara yang dianggap penting dan benar-benar diperlukan
-          Sekolah rendah – penting: pembacaan, penulisan, percakapan, ejaan dan ilmu       kira-kira.  Kedua penting: sejarah, ilmu alam, sains fizikal dan biological dan bahasa asing.  Kurang penting: kesenian, muzik, dan pendidikan jasmani
-          Sekolah menengah – perkara penting sekolah rendah diperkembangkan menjadi lebih khusus dan mencabar. Contoh: ilmu kira-kira- ilmu hisab (algebra, geometri, trigonometri dan trigonometri dan kalkulus), sains fizikal- fizik, kimia dan geologi. Kurang penting; kesenian, muzik, pendidikan jasmani, mata pelajaran vokasional dan pra vokasional. Ko-kurikulum kurang diberi keutamaan.
-          Berpegang kepada 3M (menulis, membaca, mengira)
-          Brickman (1958) - Guru – (pusat) alam pendidikan, berpengetahuan, mendalami psikologi kanak-kanak, berupaya menyampaikan fakta, unggul, menggunakan asas-asas falsafah dan sejarah pendidikan, tekun.
-          Inisiatif dlm pendidikan terletak di bahu guru
-          Kaedah pengajaran: pembacaan, syarahan, ingatan, ulangan, penggunaan alat-alat pandang- dengar dan peperiksaan
-          Pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dan disiplin-kendiri
-          Tumpuan pendidikan- menyerap perkara-perkara yang telah ditetapkan – menyedari keupayaan dan kemampuan
-          Tujuan bersekolah – mengetahui kewujudan ala mini
-          Kandel (1938) – pengetahuan mestilah diterangkan mengikut susunan yg logic supaya mudah difahami

0 comments:

Post a Comment